Program Mata CCD


Pengurusan - Teknikal - Kemahiran

KURSUS


About


CCD telah dikuatkuasakan pada Ogos 2008 di bawah Pekeliling CIDB No 2/2008 untuk tujuan pembaharuan pendaftaran. Kontraktor mesti mempunyai markah CCD mengikut gred mereka, seperti berikut:

G1 & G2 - 10 mata setahun
G3 & G4 - 20 mata setahun
G5 & G6 - 30 mata setahun
G7 - 40 mata setahun

 

Pembangunan kontraktor berterusan (Contractor Continuous Development@CCD) adalah satu program yang direka untuk memastikan kontraktor yang berdaftrandengan CIDB sentiasa bermaklumat dan berpengetahuan

Hubungi Kami



Pengurusan Projek Pembinaan


Projek atau pengurusan projek sering dibincangkan oleh ahli-ahli professional dalam bidang kejuruteraan, pembinaan atau ICT. Sesi ini akan menghurai dan menjelaskan bahawa pengurusan projek bukanlah hanya untuk sesetengah pihak sahaja, tetapi ia menyentuh setiap individu di dalam mana-mana organisasi.

Kursus yang dijalankan secara interaktif ini membincangkan perihal pengenalan dan perkembangan disiplin pengurusan projek dari penggunaan dalam bidang kejuruteraan. Ia juga membincangkan perbezaan antara pengurusan operasi dan projek dan juga kegunaan kedua-dua disiplin ini pada masa kini. .

Close Project

Perniagaan Kontraktor


Bukan semua kontraktor berlatarbelakangkan pendidikan teknikal. Tetapi semua kontraktor adalah usahawan. Untuk menjadikan mereka usahawan yang berjaya beberapa aspek pengurusan perniagaan merangkumi beberapa bentuk pengetahuan yang perlu diketahui oleh setiap kontraktor bagi memastikan kelancaran perniagaan yang dijalankan. Kursus Pengurusan perniagaan kontraktor ini amat penting kerana ia menyokong prestasi kontraktor di dalam projek-projek pembinaan yang dilaksanakan. Kursus ini dirangka khas untuk para kontraktor bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam tugas-tugas pengurusan perniagaan serta memastikan mereka benar-benar kompeten. Kepakaran dan minat seseorang kontraktor tidak menjamin kejayaan perniagaan dalam perniagaan kontraktor. Pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat, kepatuhan kepada akta dan undang-undang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya bagi menjanjikan perniagaan seorang kontraktor binaan yang terus berdaya maju pada masa yang akan datang

Kursus ini akan diberikan kefahaman kepada peserta tentang pematuhan kepada Akta dan Undang-undang yang melibatkan struktur organisasi, tentang Undang-undang Buruh dan hak-hak pekerja kontrak dan majikan. Begitu juga didalam aspek pengurusan kewangan, peserta akan didedahkan kepada pemahaman aliran tunai syarikat, yang bermula dari merangka jadual perlaksanaan projek. Peserta akan dapat memahami keperluan kewangan tambahan sekiranya projek hendak disiapkan di dalam tempoh yang ditetapkan dan juga keperluan kewangan tambahan sekiranya pembayaran lambat diproses.

Close Project

Asas Perakaunan Perniagaan Kontraktor


Dalam memulakan perniagaan, tidak kira seseorang itu menjalankan perniagaan kontraktor binaan, peruncitan, perkhidmatan, perdagangan, pemaju hartanah, pelancongan, pembuatan/perkilangan, para peniaga dinasihatkan supaya menyimpan dokumen-dokumen perniagaan sebagai bukti urusniaga perniagaan telah berlaku.

Oleh itu, kursus asas perakaunan perniagaan kontraktor ini mengetengahkan asas-asas perakaunan yang penting untuk dijadikan panduan dalam setiap urusniaga perniagaan khususnya dalam konteks para kontraktor binaan.

Close Project

Pengenalan IBS Untuk Pembinaan Bangunan


Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor. Tujuan utama penggunaan sistem ini bagi penggunaan proses kerja optimum dan meminimumkan penggunaan kos buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat seiring dengan kemajuan industri pembinaan negara yang mementingkan yang produktiviti, berkualiti dan keselamatan di tapak projek.

Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat

Close Project

Anggaran & Tender Projek


Pemborong atau usahawan dalam bidang industri pembinaan dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan pelan atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk samada Akitek dan Jurutera kepada bentuk saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Pemborong juga merupakan agen atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakn idea yang diterjemahkan dari dalam bentuk lukisan kepada bentuk spesifikasi sebenar sesuatu binaan. Oleh itu, bagi merealisasikan tanggungjawab ini, pemborong hendaklah memahami pelan aspek teknikal dalam pengurusan projek tatacara mengeluarkan bahan-bahan binaan yang perlu disediakan di tapak bina serta menyediakan anggaran dan pengurusan kewangan kos projek yang berkesan agar perkhidmatan yang diberikan boleh membawa keuntungan kepada pemborong dan pada masa yang sama pihak majikan akan mendapat bangunan yang dihajati selaras dengan syarat-syarat kontrak atau perjanjian.

Close Project

Prosedur Tender,Kontrak & Syarat Kontrak


Kursus dua (2) hari ini di rangka khas untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai prinsip asas pentadbiran kontrak pembinaan yang digunapakai dan diamalkan di Malaysia berhubung dengan semua jenis kontrak. Walaupun ribuan kontraktor-kontraktor bumiputera terlibat di dalam industri pembinaan hanya segelintir sahaja yang betul-betul memahami proses dan kaedah pentadbiran kontrak ini.

Sebahagian besar daripada mereka tidak memahami perkara ini dan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada mereka keran mereka tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan jika timbul sesuatu pertikaian yang berhubung denga kerja yang dilaksanakan. Adalah diharapkan dengan pendedahan kepada kursus ini ianya akan dapat membantu mereka untuk meningkatan kefahaman dan pengetahuan di dalam aspek pentadbiran kontrak terutamanya tentang hak-hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Close Project