Diploma Pengajian Islam merupakan program yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk meneroka cabang pengajian Islam yang sangat luas. Ianya sesuai dijadikan wadah oleh pelajar dari lepasan SPM/SPMV mahu pun mereka yang mempunyai pengalaman atau kelayakan setaraf sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Program yang ditawarkan secara separuh masa ini bakal mewujudkan lebih ramai graduan; individu berkarier dan pada waktu yang sama celik pengetahuan Islam.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Untuk melahirkan graduan berinovasi yang mampu untuk:

  • Menterjemahkan ilmu Islam kepada prinsip urus tadbir diri, keluarga dan organisasi.
  • Responsif terhadap situasi dan fenomena semasa di dalam masyarakat dan mampu memberi maklum balas yang kritis dalam isu-isu melibatkan Islam.


SYARAT KEMASUKAN

Syarat-syarat kemasukan umum:

  • SPM atau setara diakui oleh Senate AeU.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Kemasukan Alternatif Melalui APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu): 

  • Berumur 20 tahun
  • Mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan
  • Lulus penilaian APEL

FAKTA PROGRAM

Mode Pembelajaran 

Pembelajaran separuh masa
Pembelajaran dalam talian
Pembelajaran teradun (pembelajaran dalam talian dan tutorial)

Tempoh 3 Tahun
Jumlah Semester 10 Semester ( 1 semester bersamaan 4 bulan)
Kekerapan Tutorial Sekali dalam sebulan (pada hujung minggu)
Penilaian Tugasan 60%
Peperiksaan Akhir 40%
Kod MQA PA3104
Kod Pengiklanan

BANTUAN DAN INSENTIF KEWANGAN

Untuk pelajar-pelajar Malaysia dan Antarabangsa:

  • Merit Biasiswa untuk pelajar cemerlang
  • 10% diskaun untuk yuran pengajian melalui Skim Kesetiaan Pelajar

Untuk pelajar-pelajar Malaysia sahaja:

  • 10% diskaun ke atas yuran pengajian untuk bayaran penuh yuran semester
  • 50% diskaun untuk warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • 75% diskaun untuk individu kurang upaya (OKU)
  • Pengeluaran KWSP
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pelepasan cukai pendapatan peribadi sehingga RM7,000 

*Tertakluk kepada terma dan syarat bagi bantuan dan insentif

MATAPELAJARAN

Kursus Wajib

  • Pengantar Syariah
  • Pengantar Pemikiran Islam
  • Sejarah Khalifah
  • Perbandingan Agama
  • Institusi Islam di Asia
  • Pengantar Ekonomi Islam
  • Pengajian Da’wah
  • Tasawur Islam
  • Ulum Al-Quran
  • Tafsir
  • Al-Quran
  • Aplikasi Fiqh
  • Asas Pembelajaran Bahasa Arab
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Jawi
  • Tasauf
  • Fiqh Muamalat

Kursus Teras

  • Asas fiqh
  • Akhlak
  • Usul Fiqh
  • Akidah
  • Ulum Al-Hadith
  • Hadith
  • Sirah

Kursus Universiti

  • Penulisan Akademik
  • Etika di Asia

Kursus Mata Pelajaran Umum

Untuk Pelajar Malaysia

  • Pengajian Malaysia II
  • Kemahiran Literasi Maklumat dan Penyelidikan I
  • Keusahawanan dan Etika di Malaysia I
  • Projek Khidmat Masyarakat

Untuk Pelajar Antarabangsa

  • Bahasa Melayu Komunikasi I
  • Kemahiran Literasi Maklumat dan Penyelidikan I
  • Keusahawanan dan Etika di Malaysia I
  • Projek Khidmat Masyarakat

jom daftar!!!

Jangan lepaskan peluang ini dengan cara membuat pendaftaran secara atas talian. Lengkapkan butiran anda dan pihak kami akan menghubungi anda untuk makluat lanjut …