Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Melayu Sekolah Rendah) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan dan Sains Kognitif, Asia e University (AeU) bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknologi kandungan pedagogi di kalangan guru-guru sekolah rendah untuk menjadi guru siswazah. Program ini juga menawarkan peluang untuk merangsang intelek guru-guru sekolah rendah yang sedang berkhidmat untuk mencerminkan amalan profesional mereka. Mereka juga boleh mendapatkan perspektif teori dan kritikal pengajaran abad ke-21 dan belajar bagaimana  pelajar disokong dalam pembelajaran mereka. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  • Meningkatkan tahap pengetahuan dalam pengajaran mata pelajaran bahasa serta membangunkan kebolehan pemikiran kritikal & penyelesaian masalah secara kreatif pelajar.
  • Mengukuhkan kemahiran pengajaran utama guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dengan menggunakan kaedah inovatif, strategi dan teknik mengikut keperluan semasa.
  • Menggalakkan penyelidikan tindakan dan mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah di dalam kelas.
  • Melahirkan guru yang mempunyai perspektif global dan sensitif kepada perkembangan pendidikan di rantau Asia, Eropah dan Amerika Utara dan membuat perbandingan dengan keadaan pembelajaran di Malaysia.
  • Melahirkan guru yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21, khususnya penggunaan kaedah pengajaran yang inovatif, teknologi dan media baru.

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan umum:

  • Diploma yang diiktiraf oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh AeU Senat; ATAU
  • Program Matrikulasi setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU
  • SPM atau setaraf dengan 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan ATAU
  • International Baccalaureate (IB) dengan 24 mata ATAU
  • A Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran ATAU
  • Sekurang-kurangnya DUA (2) lulus dalam kelayakan STPM atau setaraf (cth A-Level);
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat AeU

Syarat Kemasukan Terbuka:

  • Calon hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memiliki PMR / SPM / MCE / UEC atau kelayakan setaraf tertakluk kepada penilaian pengalaman kerja dan pengalaman pembelajaran terdahulu; DAN 
  • Tahun pengalaman pengajaran atau pengalaman yang berkaitan dalam / institusi latihan pendidikan
  • Untuk maklumat lanjut, layari laman webhttp://apel.aeu.edu.my

FAKTA PROGRAM

Mod Pembelajaran
 

Pembelajaran atas talian 

Pembelajaran teradun 

Tempoh
 

4 Tahun 4 Bulan (13 Semester) 

Penilaian 

Tugasan 60%

Peperiksaan Akhir 40% 

MQA Akreditasi

MQA/FA1635 

Pemindahan Kredit

Pemindahan kredit sehingga 36 jam kredit bagi guru yang memiliki Diploma Perguruan 

BANTUAN DAN INSENTIF KEWANGAN

  • Merit Biasiswa untuk pelajar cemerlang
  • 10% diskaun untuk yuran pengajian melalui skim Kesetiaan Pelajar
  • 10% diskaun ke atas yuran pengajian untuk bayaran penuh yuran semester
  • 50% diskaun untuk warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • 75% diskaun untuk individu kurang upaya (OKU)
  • Pengeluaran KWSP
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pelepasan cukai pendapatan peribadi sehingga RM5,000

*Tertakluk kepada terma dan syarat bagi bantuan dan insentif

 


SUBJEK

Mata Pelajaran Umum (18 Jam Kredit)

  • Tamadun Islam  dan Asia Hubungan Etnik
  • Kemahiran Literasi Maklumat & Penyelidikan
  • Keusahawanan dan Etika di Asia
  • Penulisan Akademik
  • Pengajian Asia

Mata Pelajaran Teras (36 Jam Kredit)

  • Falsafah Pendidikan
  • Pembangunan Kurikulum
  • Peningkatan Profesionalisme Guru
  • Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  • Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak
  • Teknologi Instruksional dan Bahan Pembelajaran
  • Psikologi Pendidikan
  • Aktiviti Kokurikulum
  • Kaunseling di Sekolah
  • Model dan Strategi Pedagogi
  • Sekolah dan Masyarakat

Mata Pelajaran Wajib (48 Jam Kredit)

  • Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
  • Pengantar Linguistik
  • Psikolinguistik
  • Sosialinguistik
  • Fonetik dan Fonologi
  • Semantik dan Peristilahan dalam Bahasa Melayu
  • Metodologi Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
  • Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Kesusasteraan Melayu
  • Penyelidikan Dalam Bilik Darjah 1
  • Penyelidikan Dalam Bilik Darjah 2

Elektif (12 Jam Kredit)

  • Pengenalan kepada Pendidikan Moral
  • Metodologi & Strategi Mengajar Pendidikan Moral
  • Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
  • Isu dan trend dalam Pendidikan Moral

Praktikum (6 Jam Kredit)

 

.

 

jom daftar!!!

Jangan lepaskan peluang ini dengan cara membuat pendaftaran secara atas talian. Lengkapkan butiran anda dan pihak kami akan menghubungi anda untuk makluat lanjut …